Posts

Showing posts from May, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013M/1434H

Image
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).  Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 2013M/1434H yang bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” telah diadakan pada 25 Januari 2013.Turut menyertai perarakan tersebut adalah dari Sekolah jiran iaitu SK (LKTP) Chini Timur 1. Program bermula pada pukul 8.30 pagi di sekolah masing-masing dengan perarakan membawa sepanduk  ke dewan Chini Timur sambil membaca selawat ke atas nabi turut disemarakkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan AJK PIBG. Persembahan Nasyid Perarakan Bermula Ceramah Maulidur Rasul di Dewan Besar Chini Timur