Posts

Showing posts from August, 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Sambutan Aidilfitri 2013

Image
Pada 23 Ogos 2013 SK(LKTP) Chini Timur 2&3 telah mengadakan sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Sambutan Aidilfitri. Semua murid kelihatan ceria dan cantik berbaju raya berkumpul di dataran perhimpunan untuk mengumpulkan kuih raya. Pelbagai jenis kuih raya dibawa oleh murid-murid. Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Bulan kemerdekaan di dewan sekolah. Sementara itu, sebahagian guru menyediakan juadah untuk murid-murid. Guru-guru SKCT 2&3 bergotong royong menyediakan mee sup sebagai juadah sambutan hari raya di sekolah Pelancaran Bulan Kemerdekaan Pelancaran Bulan kemerdekaan dimulakan dengan ucapan perasmian dan gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan dari Puan Guru Besar, Puan Hajah Normah bin Abdul Latiff. Seterusnya warga SKCT2 dihiburkan dengan persembahan tarian Kebudaayaan oleh kelab Kebudayaan SKCT2. Murid-murid sedang khusyuk menonton persembahan Pelajar Prasekolah cantik Berbaju Raya Persembahan sajak dari adik Nuril Amirah

Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6

Image
Pada 21 Ogos, telah diadakan satu Program Temu Murni Bersama Ibu Bapa Tahun 6 bersama pihak Sekolah. Prestasi semasa murid-murid tahun 6 dibentangkan oleh Puan Guru Besar, prestasi dan target sekolah juga telah dinyatakan oleh beliau dalam Majlis Temu Murni ini. Pihak sekolah begitu komited untuk melahirkan lebih ramai murid mencapai 5A dalam UPSR tahun ini.    Cikgu Hamdan Penyelaras Tahun 6  Puan Guru Besar membentangkan prestasi UPSR sekolah

Program Ihya' Ramadhan dan Sambutan Nuzul Quran 2013

Image
Sepanjang Bulan Ramadhan setiap warga SK (LKTP) Chini Timur 2 & 3 bersama-sama  menghidupkan bulan ini dengan bertadarus Al-Quran. Setiap kumpulan murid diketuai oleh seorang guru yang membimbing bacaan murid. Program tadarus Al-Quran ini bermula pada pukul 7.30 hingga pukul 8.00pg sepanjang bulan Ramadhan.    Ustazah Azizah membimbing bacaan Al-Quran anak-anak pelajar   Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan Majlis Khatam Al-Quran diketuai Ustaz Amir Hamzah Unit Bina insan SK Chini Timur 2 telah menjemput Ustaz Shamsul Nizam Bin Shaharuddin dari Yayasan Imtiaz Pahang bagi menyampaikan ceramah Nuzul Al Quran. Penyampaian ceramah oleh Ustaz Shamsul sangat menyentuh hati dengan kisah-kisah menarik dari Al-Quran dan kisah pengalamannya berjumpa anak-anak Palestin.  Murid SK Chini Timur 2 khusyuk mendengar ceramah Nuzul Quran yang disampaikan