Posts

Showing posts from September, 2013

Majlis Restu Ilmu Pelajar Tahun 6

Image
 Ustaz Ahmad Nizam membaca doa memulakan majlis. Tanpa restu dari ibu bapa dan guru, siapalah anak-anak pelajar. Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa". Pada 6 September lepas satu majlis restu ilmu telah diadakan. Majlis ini merupakan usaha pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan murid dalam peperiksaan UPSR pada 10 September nanti. Murid bersalaman ibu bapa dan guru, meminta ampun dan restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Cikgu Hamdan Bin Mat Daut sebak ketika menyampaikan amanat terakhir kepada murid tahun 6

Program Rehat Minda Pelajar Tahun 6

Image
 Sempena peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi, program Rehat Minda Pelajar tahun 6 telah diadakan pada 1 September lepas. Pelbagai pengisian program telah terlaksana dengan jayanya dengan sokongan padu guru-guru SKCT 2. Program ini telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan. Selepas tamat program di sini pelajar dibawa membeli belah di East Capital Mall, Kuantan. Sesi aktiviti dalam kumpulan diketuai oleh Ustaz Amir Hamzah.   Pelajar tahun 6 mendengar amanat dari Ibunda, Puan Guru Besar  Aktiviti mandi manda dapat mengurangkan tekanan belajar sementara peperiksaan UPSR yang bakal kunjung tiba Bergambar Kenangan. Semoga mendapat keputusan Cemerlang.