Posts

Showing posts from November, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi Prasekolah dan Pengumuman UPSR

Image
   Pada 14 November 2013 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi Prasekolah dan Pengumuman UPSR. Penolong Pengurus Felda Chini Timur 3, En. Samsulbahri Bin Maktar telah menyampaikan ucapan pembukaan dan juga menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan.  En. Samsulbahri menyampaikan hadiah kepada pelajar Prasekolah  Antara Ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis  Naib Yang Di Pertua PIBG, En. Zakri Bin Kasim menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang.  Hari ini juga merupakan hari paling bersejarah buat warga SK(LKTP) Chini Timur 2 khususnya dan seluruh warga Chini umumnya. Pada Hari ini, keputusan UPSR memperlihatkan kecemerlangan berganda murid tahun 6 berbanding tahun lepas. Jumlah calon dari sekolah ini ialah 52 orang. Seramai 21 orang murid mendapat 5A, 10 orang murid mendapat 4A1B dan 5 orang murid mendapat 3A2B. Berikut merupakan peratus lulus bagi 5 mata pelajaran UPSR BM (PEMAHAMAN) = 100%

Majlis Khatam Al-Quran 2013

Image
 Pada Hari Jumaat, 8 November tlah diadakan Majlis Khatam A-Alquran Peringkat Sekolah anjuran Panatia Pendidikan Islam dan J-Qaf diketuai oleh Ustaz Ahmad Nizam Bin Ibrahim. Naqib di Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini ialah Ustaz Othman Bin Mat Amin. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh murid-murid tahun enam yang diketuai oleh Ustaz Othman Bin Mat Amin. Seterusnya, Guru Besar menyampaikan ucapan dan berceritakan kisah-kisah tauladan dari Al-Quran yang boleh menjadi pengajaran kepada semua anak didik di SKCT2. Setelah itu, penyampaian sijil dan cenderahati kepada anak-anak pelajar disempurnakan oleh Puan Guru Besar diiringi oleh Ustazah Azizah Bt. Abdullah  Bacaan Al-Quran  Naqib Ustaz Othman Bin Mat Amin  Murid SKCT2 menerima cenderahati dari Puan Guru Besar Bergambar Kenangan di Majlis Khatam Al Quran 2013

Jamuan Akhir Tahun Prasekolah

Image
 Antara Ibu Bapa yang hadir  Pada 11 Oktober 2013, telah diadakan Jamuan Akhir Tahun kelas-kelas Prasekolah SKCT2, iaitu kelas Pra Al Hidayah, Pra At Taqwa dan Pra Al Iman. Semua Ibu Bapa pelajar Prasekolah dan guru-guru SKCT2 dijemput menghadiri jamuan ini.  Pelajar Prasekolah Al-Iman menyambut hari ulangtahun kelahiran dengan memotong kek.  Pelajar Prasekolah At-Taqwa bergambar bersama Pembantu Pengurusan Murid, Puan Norhidayu Bt Shahar Shah. Bergambar bersama Cikgu Nurul Fathiyah Bt Ghazali