Posts

Showing posts from April, 2014

Pertandingan Bola Tampar 2014

Image
Pada 1 April 2014, Pertandingan Bola Tampar peringkat Kelompok Chini telah diadakan. Antara sekolah yang menyertai pertandingan kali ini ialah ; 1. SK Chini 2 2. SK (LKTP) Chini Timur 1 3. SK Tasik Chini  Pengadil dari SK Chini Timur 1, Cikgu Sabri. Tuan Rumah, SKCT 2 berjaya membolot emas bagi kedua dua kategori lelaki dan perempuan. Tahniah diucapkan kepada pemain dan jurulatih yang bertungkus lumus dalam mengharumkan nama sekolah. GPK KO SKCT2 menyampaikan pingat kepada pemainyang berjaya

Majlis Persaraan Cikgu Husin

Image
 Pada 21 Mac 2014, Majlis Persaraan GPK HEM SKCT2 telah berlangsung. GPK HEM, Cikgu Hussin Bin Junid telah diraikan dengan penuh gemilang oleh warga SKCT2. Turut hadir di majlis ini ialah bekas Guru Besar, Cikgu Radhi (kini Guru Besar di SK Paloh Hinai) dan bekas GPK 1, Cikgu Ridwan ( kini GPK 1 di SK Tanjung Batu). Cikgu Husin dan isteri disambut mesra oleh warga SKCT2 Cikgu Husin menceritakan pahit getir perjuangan menjadi insan guru. Persembahan dari murid SKCT2 Tayangan montaj Persaraan Cikgu Husin Cikgu Husin menerima hadiah penghargaan dari murid SKCT2 Cikgu Sharifah menyampaikan hadiah kepada Cikgu Husin Segala jasa dan keringat yang dicurah oleh Cikgu Husin di SK (LKTP) Chini Timur 2 ini akan dikenang dan dihargai.

Karnival Sukaneka Prasekolah

Image
 Pada 20 Mac 2014, Karnival Sukaneka Prasekolah telah berlangsung dengan meriah sekali. Pelbagai acara telah dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid prasekolah dan ibubapa. Guru Prasekolah yang terlibat ialah Cikgu Mohd Paiz Bin Abu Bakar dari kelas Al-Hidayah, Cikgu Fikri Hisyam dari kelas Pra Al Iman dan Cikgu Nurul Fathiyah dari kelas Pra At-Taqwa. Acara sukaneka yang telah dipertandingkan ialah : 1. Lari Ikat Kaki 2. Boling Kelapa 3. Bawa Gelung getah 4. Sambut Telur 5. 4 x 50m lari berganti 6. Isi air dalam botol 7. Lari pecut 100m 8. Membawa Bola Ping Pong dalam sudu 9. Pecah Belon  4 x 50m lari berganti  Lari Ikat Kaki Kelihatan kaum ibu begitu bersemangat dalam pertandingan ini  Bawa Gelung getah   GPK KO SKCT2 Cg Yusof Bin Surip menyampaikan pingat dan hadiah kepada pemenang Semoga dengan sukaneka yang diadakan dapat mengeratkan ukhwah antara ibu bapa dan pihak sekolah 

Mesyuarat PIBG 2014

Image
 Pada 19 Mac 2013, Mesyuarat PIBG kali Ke-17 telah berlangsung di Dewan SK(LKTP) Chini Timur 2&3. Para hadirin disambut meriah oleh pasukan Seni dan Kebudayaan sekolah yang mempersembahkan tarian selamat datang. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Pegawai Felda Chini Timur 3, En SamsulMaktar Bin Bahri.  Ucapan dari Puan Guru Besar, Puan Hajjah Normah.  Antara hadirin yang hadir  Persembahan Nasyid oleh Kumpulan nasyid sekolah. Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2013 Seramai 21 orang bekas pelajar SKCT2 telah dijemput untuk menerima anugerah kecemerlangan UPSR 2013, anugerah berupa plak penghargaan dan juga wang tunai ini disampaikan oleh perasmi Mesyuarat Agung PIBG. Mesyuarat PIBG Kali Ke 17 2014  Usul mesyurat kali ini ialah untuk mengekalkan bayaran sebanyak RM25 setahun bagi yuran PIBG. Selain itu, bayaran untuk peperiksaan akhir tahun bagi murid tahun 5 dan 6 yang tidak terlibat dengan PBS juga dikekalkan. Mesyuarat juga sebulat su