Posts

Showing posts from November, 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka 2014

Image
Bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dengan izinNya satu program Lawatan Sambil Belajar ke Melaka telah berjaya dilaksanakan melibatkan anak-anak istimewa SK (LKTP) Chini Timur 2 & 3.  Program Lawatan Sambil Belajar murid Pendidikan Khas Integrasi (PKI)   ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan.  Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah Murid  memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan  dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini.  Program yang telah dilaksanakan pada 28-29 Oktober 2014 ini telah melibatkan 3 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 7 orang murid. Antara tempat yang menjadi destinasi lawatan ialah Zoo Melaka, Muzium Kapal Melaka, Menara Taming Sari, IPG