Lawatan Sambil Belajar ke Melaka 2014

Bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dengan izinNya satu program Lawatan Sambil Belajar ke Melaka telah berjaya dilaksanakan melibatkan anak-anak istimewa SK (LKTP) Chini Timur 2 & 3. Program Lawatan Sambil Belajar murid Pendidikan Khas Integrasi (PKI)  ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. 

Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah Murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan  dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini. 

Program yang telah dilaksanakan pada 28-29 Oktober 2014 ini telah melibatkan 3 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 7 orang murid. Antara tempat yang menjadi destinasi lawatan ialah Zoo Melaka, Muzium Kapal Melaka, Menara Taming Sari, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dan Melaka River’s Cruise. Berikut merupakan beberapa aksi yang sempat dirakam lensa.



Aktiviti di bilik terapi IPG Kampus Perempuan Melayu


Lawatan ke Muzium Kapal

River Cruise
Van yang digunakan sepanjang lawatan.

Riang ria di Bayou Lagoon Waterpark

Zoo Melaka

Semoga ativiti seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Seinfiniti terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. InsyaAllah, ada saham akhirat dalam setiap tindakan kita menyantuni insan kelainan upaya. Kecemerlangan insan istimewa, kegemilangan bersama.



Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

Sambutan Hari Guru 2016

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM