Posts

Showing posts from August, 2014

Sambutan Merdeka Raya 2014

Image
Sambutan Merdeka Raya tahun ini disambut meriah dengan sumbangan 4 ekor kambing dari ajk PIBG SKCT2. Guru-guru dan ibu bapa bergotong royong menyediakan juadah sambutan Merdeka Raya. Pelbagai aktiviti mengisi sambutan Merdeka raya kali ini iaitu jamuan Hari Raya, pertandingan mewarna, nyanyian lagu patriotik, persembahan pelajar dan perasmian pelancaran bulan kemerdekaan .  Pelajar tahap 1 menerima hadiah pertandingan mewarna.

Galakan Ke Sekolah

Image
Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan peratus kedatangan pelajar ke sekolah, antaranya ialah senamrobik, cabutan bertuah dan juga ganjaran lain.  Pelajar SKCT2 seronok melakukan aktiviti senamrobik Pelajar yang mempunyai peratus kehadiran tertinggi berpeluang memenangi cabutan bertuah yang ditawarkan.

Majlis Khatam Al Quran

Image
 Pada 25 Julai yang lalu, majlis khatam Al Quran telah diadakan di dataran sekolah dan juga di dewan SK Chini Timur 2. Pada setiap pagi Ramadhan lalu setiap pelajar SK Chini Timur 2 telah bertadarus Al Quran dengan bimbingan guru-guru. Majlis dimulakan dengan alunan ayat Al quran yang disampaikan oleh pelajar tahun 5 Pertandingan mewarna tahap 1 Ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Azizi Majlis khatam Al Quran Bantuan anak yatim disampaikan oleh GPK HEM, Puan Ummi Hayati