Sunday, 10 August 2014

Majlis Khatam Al Quran


 Pada 25 Julai yang lalu, majlis khatam Al Quran telah diadakan di dataran sekolah dan juga di dewan SK Chini Timur 2. Pada setiap pagi Ramadhan lalu setiap pelajar SK Chini Timur 2 telah bertadarus Al Quran dengan bimbingan guru-guru.


Majlis dimulakan dengan alunan ayat Al quran yang disampaikan oleh pelajar tahun 5


Pertandingan mewarna tahap 1


Ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Azizi


Majlis khatam Al Quran



Bantuan anak yatim disampaikan oleh GPK HEM, Puan Ummi Hayati




Thursday, 3 April 2014

Pertandingan Bola Tampar 2014


Pada 1 April 2014, Pertandingan Bola Tampar peringkat Kelompok Chini telah diadakan. Antara sekolah yang menyertai pertandingan kali ini ialah ;

1. SK Chini 2
2. SK (LKTP) Chini Timur 1
3. SK Tasik Chini


 Pengadil dari SK Chini Timur 1, Cikgu Sabri.



Tuan Rumah, SKCT 2 berjaya membolot emas bagi kedua dua kategori lelaki dan perempuan. Tahniah diucapkan kepada pemain dan jurulatih yang bertungkus lumus dalam mengharumkan nama sekolah.



GPK KO SKCT2 menyampaikan pingat kepada pemainyang berjaya




Majlis Persaraan Cikgu Husin


 Pada 21 Mac 2014, Majlis Persaraan GPK HEM SKCT2 telah berlangsung. GPK HEM, Cikgu Hussin Bin Junid telah diraikan dengan penuh gemilang oleh warga SKCT2. Turut hadir di majlis ini ialah bekas Guru Besar, Cikgu Radhi (kini Guru Besar di SK Paloh Hinai) dan bekas GPK 1, Cikgu Ridwan ( kini GPK 1 di SK Tanjung Batu).

Cikgu Husin dan isteri disambut mesra oleh warga SKCT2





Cikgu Husin menceritakan pahit getir perjuangan menjadi insan guru.


Persembahan dari murid SKCT2



Tayangan montaj Persaraan Cikgu Husin


Cikgu Husin menerima hadiah penghargaan dari murid SKCT2




Cikgu Sharifah menyampaikan hadiah kepada Cikgu Husin










Segala jasa dan keringat yang dicurah oleh Cikgu Husin di SK (LKTP) Chini Timur 2 ini akan dikenang dan dihargai.