PERJALANAN SEORANG JUARA

KEBANGGAAN WARGA SKCT2

MUHAMMAD AKID RUSYAIDI BIN ROHAIZAD

Beliau merupakan seorang pelajar yang sukakan buku. sepanjang 7 tahun berada di SKCT2 beliau telah membaca hampir 1486 buah buku dari pelbagai genre. beliaumula mengasah bakat didalam tokoh NILAM bermula pada usia sembilan tahun. percubaan pertama sekadar penyertaan diperingkat kelompok (2016) pada 2017 beliau merupakan johan kelompok chini dan mendapat tempat ke dua diperingkat daerah Pekan.

pada 2018 sekali lagi beliau dinobat johan Tokoh Nilam Zon Chini dan berjaya menebus kekecewaan sehingga dinobatkan pula Tokoh Nilam Daerah Pekan dan seterusnya Tokoh Nilam Negeri Pahang.

Tokoh Nilam Negeri Pahang 2018 bersama Jurulatih En Johari Ibrahim dan guru pengiring Pn Noorhayati bt Dollah

Perjalanan untuk bergelar seorang juara bukanlah suatu yang mudah. latihan demi latihan termasuklah membuat resensi buku di sekolah sekitar daerah pekan bg menambah keyakinan diri sewaktu berdepan dengan khalayak dan memperbaiki teknik resensi.

Akhirnya jerih perih pengorbanan terbayar apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ke 3 TOKOH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN.

adik Akid bersama sijil kemenangan ke 3 Tokoh Nilam Kebangsaan 2019

bersama kontinjen Pahang







tahniah diucapkan kepada adik Akid. Semoga SKCT2 dapat melahirkan Tokoh Nilam Kebangsaan suatu masa nanti. InsyaAllah.

terima kasih kepada semua pihak dan warga sekolah yang bertungkus lumus dalam melahirkan Permata Nilam SKCT2

Jurulatih: En Johari Bin Ibrahim . GPM SKCT2








Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016