Posts

Showing posts from 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi Prasekolah dan Pengumuman UPSR

Image
   Pada 14 November 2013 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi Prasekolah dan Pengumuman UPSR. Penolong Pengurus Felda Chini Timur 3, En. Samsulbahri Bin Maktar telah menyampaikan ucapan pembukaan dan juga menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan.  En. Samsulbahri menyampaikan hadiah kepada pelajar Prasekolah  Antara Ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis  Naib Yang Di Pertua PIBG, En. Zakri Bin Kasim menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang.  Hari ini juga merupakan hari paling bersejarah buat warga SK(LKTP) Chini Timur 2 khususnya dan seluruh warga Chini umumnya. Pada Hari ini, keputusan UPSR memperlihatkan kecemerlangan berganda murid tahun 6 berbanding tahun lepas. Jumlah calon dari sekolah ini ialah 52 orang. Seramai 21 orang murid mendapat 5A, 10 orang murid mendapat 4A1B dan 5 orang murid mendapat 3A2B. Berikut merupakan peratus lulus bagi 5 mata pelajaran UPSR BM (PEMAHAMAN) = 100%

Majlis Khatam Al-Quran 2013

Image
 Pada Hari Jumaat, 8 November tlah diadakan Majlis Khatam A-Alquran Peringkat Sekolah anjuran Panatia Pendidikan Islam dan J-Qaf diketuai oleh Ustaz Ahmad Nizam Bin Ibrahim. Naqib di Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini ialah Ustaz Othman Bin Mat Amin. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh murid-murid tahun enam yang diketuai oleh Ustaz Othman Bin Mat Amin. Seterusnya, Guru Besar menyampaikan ucapan dan berceritakan kisah-kisah tauladan dari Al-Quran yang boleh menjadi pengajaran kepada semua anak didik di SKCT2. Setelah itu, penyampaian sijil dan cenderahati kepada anak-anak pelajar disempurnakan oleh Puan Guru Besar diiringi oleh Ustazah Azizah Bt. Abdullah  Bacaan Al-Quran  Naqib Ustaz Othman Bin Mat Amin  Murid SKCT2 menerima cenderahati dari Puan Guru Besar Bergambar Kenangan di Majlis Khatam Al Quran 2013

Jamuan Akhir Tahun Prasekolah

Image
 Antara Ibu Bapa yang hadir  Pada 11 Oktober 2013, telah diadakan Jamuan Akhir Tahun kelas-kelas Prasekolah SKCT2, iaitu kelas Pra Al Hidayah, Pra At Taqwa dan Pra Al Iman. Semua Ibu Bapa pelajar Prasekolah dan guru-guru SKCT2 dijemput menghadiri jamuan ini.  Pelajar Prasekolah Al-Iman menyambut hari ulangtahun kelahiran dengan memotong kek.  Pelajar Prasekolah At-Taqwa bergambar bersama Pembantu Pengurusan Murid, Puan Norhidayu Bt Shahar Shah. Bergambar bersama Cikgu Nurul Fathiyah Bt Ghazali

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 2013

Image
Pada 20 Oktober 2013 telah berlangsung mesyuarat Agung PIBG kali ke 16 berlangsung di dewan SK (LKTP) Chini Timur 2. Majlis ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Poniran Ahmad, Pengurus Felda Chini Timur 2. Atur cara Majlis Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG, En Abu Bakar Bin Narawi.                 -      Laporan Aktiviti                 -      Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 15                 -      Cabutan Bertuah                 -      Pembentangan dan Pengesahan Penyata kewangan PIBG                 -      Cabutan Bertuah                 -      Pembubaran AJK PIBG 2012/2013                 -      Pelantikan AJK PIBG 2013/2014                 -      Cabutan Bertuah                 -      Pembentangan Usul                 -      Ucapan Penangguhan : Majlis Bersurai Kehadiran perasmi disambut meriah oleh pelajar SKCT2 Persembahan tarian oleh Kelab Kebudayaan SKCT2 Kehadiran Ibu Bapa memberikan sokong

Majlis Restu Ilmu Pelajar Tahun 6

Image
 Ustaz Ahmad Nizam membaca doa memulakan majlis. Tanpa restu dari ibu bapa dan guru, siapalah anak-anak pelajar. Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa". Pada 6 September lepas satu majlis restu ilmu telah diadakan. Majlis ini merupakan usaha pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan murid dalam peperiksaan UPSR pada 10 September nanti. Murid bersalaman ibu bapa dan guru, meminta ampun dan restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Cikgu Hamdan Bin Mat Daut sebak ketika menyampaikan amanat terakhir kepada murid tahun 6

Program Rehat Minda Pelajar Tahun 6

Image
 Sempena peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi, program Rehat Minda Pelajar tahun 6 telah diadakan pada 1 September lepas. Pelbagai pengisian program telah terlaksana dengan jayanya dengan sokongan padu guru-guru SKCT 2. Program ini telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan. Selepas tamat program di sini pelajar dibawa membeli belah di East Capital Mall, Kuantan. Sesi aktiviti dalam kumpulan diketuai oleh Ustaz Amir Hamzah.   Pelajar tahun 6 mendengar amanat dari Ibunda, Puan Guru Besar  Aktiviti mandi manda dapat mengurangkan tekanan belajar sementara peperiksaan UPSR yang bakal kunjung tiba Bergambar Kenangan. Semoga mendapat keputusan Cemerlang.