Posts

Showing posts from 2015

Mesyuarat PIBG kali Ke 18 2015

Image
 Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK (LKTP) Chini Timur 2&3 kali yang ke 18 telah diadakan di Dewan Sekolah. Mesyuarat tersebut yang bertarikh pada 12 Mac tahun 2015 telah dirasmikan oleh En. Zahidin Bin Ali, Pengurus FELDA Chini Timur 3    Dalam mesyuarat Agong PIBG kali ini, guru besar SKCT 2&3 iaitu Puan Hajah Normah Bt Abdul Latif  memberikan ucapan di dalam mesyuarat tersebut di SKCT 2&3 memberi jaminan bahawa pencapaian akademik dan ko-kurikulum akan terus melonjak dan peningkatan tersebut boleh dilihat pada kesungguhan dan kepakaran setiap guru yang ada di SKCT 2&3. Beliau juga mengingatkan bahawa usaha yang diberikan sekolah akan menjadi sia-sia jika tidak diiringi dengan bantuan ibu bapa dan semua pihak yang terlibat untuk memastikan pencapaian akademik dan ko-kurikulum anak mereka tercapai.    Selepas selesai majlis ucapan dan beberapa selingan hiburan dari murid-murid SKCT 2&3, majlis tersebut diteruskan dengan Mesyuarat untuk memilih Ah

Merentas Desa 2015

Image
Pada 30 Januari 2015 telah berlangsung kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Para peserta kejohanan dilepaskan oleh Tuan Haji Poniran, Pengurus Felda Chini Timur 2. Peserta dilepaskan tepat jam 8.30 pagi                                             Cikgu Hamdan mengiringi larian pelajar    Rumah Syahbandar telah menjuarai dan merangkul markah tertinggi bagi kejohanan kali ini. Tempat kedua dimenangi oleh rumah Temenggung, tempat ketiga Rumah Laksamana dan diikuti oleh Rumah Bendahara.