Posts

Showing posts from June, 2013

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013

Image
Pada 28 dan 29 Jun 2013 telah diadakan Perkhemahan Badan Beruniform di SK (LKTP) Chini Timur 2. Pelbagai Aktiviti telah dirancang untuk memberi latihan dan pengalaman kepada pelajar yang menyertai perkhemahan ini. Sifat kepimpinan dapat dibentuk melalui aktiviti aktiviti di sepanjang perkhemahan ini. Demostrasi pemasangan khemah terpaksa dilakukan dalam dewan akibat hujan lebat Setelah menerima taklimat perkhemahan, pelajar memasang khemah di tapak khemah yang telah ditetapkan. Riak kegembiraan jelas terpancar di muka pelajar yang menyertai perkhemahan tahun ini Aktiviti-aktiviti yang dijalankan 1. Aktiviti ikatan tali 1. Membina gajet menggunakan lidi Nyanyian Perkhemahan dikendalikan oleh Cikgu Johari Pertandingan-Pertandingan Perkhemahan 1. Kawad Kaki Statik 2. Pertandingan mendirikan/mengemas khemah 3. Pertandingan Bantu Mula

Kejohanan Balapan Dan Padang SK (LKTP) Chini Timur 2 kali ke 13

Image
Pada 22-23 Mei 2013 telah diadakan Kejohanan Balapan Dan Padang SK (LKTP) Chini Timur 2 kali ke 13 . Kejohanan ini  Dikelolakan oleh guru-guru SK (LKTP) Chini Timur 2. Antara objektif yang ingin dicapai dalam penganjuran sukan ini ialah :  1.              Memilih murid-murid untuk mewakili pasukan olahraga sekolah Kelompok  Chini bagi pertandingan Kelompok   Chini 2014. 2.              Murid-murid dapat meningkatkan kecergasan fizikal selaras dengan salah satu komponen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu  jasmani. 3.             Mewujudkan daya saing yang positif dikalangan murid-murid. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN: 1.          Kategori A ( Tahun 5 dan 6) 2.         Kategori B ( Tahun 3 dan 4) 3.         Kategori C ( Tahun 1 dan 2) Sukaneka Prasekolah  Di Kejohanan ini juga berlangsungnya acara sukaneka untuk murid prasekolah. Terdiri dari kelas Pra Hidayah, Pra Attaqwa dan Pra Al Iman. Semua murid Prasekolah dari ketiga tiga ke
Kelab kesenian dan kebudayaan SK Chini Timur 2

Kejohanan Balapan Dan Padang SK LKTP Chini Timur 2 kali ke 13 22-23 Mei 2013

Image
 Cikgu Malini yang sedang mengajar anak-anak didiknya dengan bersungguh-sungguh sehingga anak didiknya berjaya memecahkan rekod kejohanan untuk acara ini.Tahniah dan teruskan pada masa akan datang.  Pose tak ingat tu Cikgu Ashraf yang merupakan Ketua bagi rumah sukan Bendahara yang berjaya menghasilkan seorang olahragawan yang tidak dijangka pada tahun ini. Strategi yang direncanakan sangat hebat dan mengekalkan reputasi sebagai ketua rumah sukan yang berwibawa.InsyaAllah tahun depan masih kekal sebagai ketua rumah sukan.  Cikgu Yusop yang merupakan pengerak utama kejohanan ini.  Acara 80 m berpagar yang pertama kali diperkenalkan kepada pelajar SK Chini Timur 2. Acara ini dimenangi oleh Norsyahirah Bt Marozon yang juga pemenang pingat perak bagi acara ini di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Pekan 2013.  Bakal SU Sukan 2014  Ketua rumah sukan paling berkaliber pada tahun ini. Tahniah