Kejohanan Balapan Dan Padang SK LKTP Chini Timur 2 kali ke 13 22-23 Mei 2013







 Cikgu Malini yang sedang mengajar anak-anak didiknya dengan bersungguh-sungguh sehingga anak didiknya berjaya memecahkan rekod kejohanan untuk acara ini.Tahniah dan teruskan pada masa akan datang.







 Pose tak ingat tu






Cikgu Ashraf yang merupakan Ketua bagi rumah sukan Bendahara yang berjaya menghasilkan seorang olahragawan yang tidak dijangka pada tahun ini. Strategi yang direncanakan sangat hebat dan mengekalkan reputasi sebagai ketua rumah sukan yang berwibawa.InsyaAllah tahun depan masih kekal sebagai ketua rumah sukan.


 Cikgu Yusop yang merupakan pengerak utama kejohanan ini.


 Acara 80 m berpagar yang pertama kali diperkenalkan kepada pelajar SK Chini Timur 2. Acara ini dimenangi oleh Norsyahirah Bt Marozon yang juga pemenang pingat perak bagi acara ini di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Pekan 2013.

 Bakal SU Sukan 2014
 Ketua rumah sukan paling berkaliber pada tahun ini. Tahniah
 Ustaz Syarifi yang merupakan hakim lontar peluru yang terhebat di Sk Chini Timur 2 sehingga kini.




 Cikgu Hazly yang merupakan pelepas di sepanjang kejohanan.
 Cikgu Syazwan sedang memberi taklimat untuk acara sukaneka pra sekolah.
 Pelajar-pelajar pra sekolah sedang melakukan aktiviti sukaneka iaitu mengisi air di dalam botol sambil disokong oleh pelajar-pelajar lain serta guru-guru.








 Olahragawan Sk Chini Timur 2 2013
Muhammad Farhan Hakimi bin Mohd Saod
Memecahkan 1 rekod kejohanan dan memperolehi 3 emas
Pelajar ini juga telah membawa pulang 1 kilauan pingat emas ke SK Chini Timur 2 semasa mewakili Kelompok Chini di pertandingan balapan dan padang MSS Pekan.
Olahragawati SK Chini Timur 2 2013
Nor Shafeeza bt Nor Rahimi
Memecahkan 3 rekod kejohanan dan memperolehi 3 emas individu.
Pelajar ini juga telah membawa pulang 4 kilauan pingat emas ke SK Chini Timur 2 semasa mewakili Kelompok Chini di pertandingan balapan dan padang MSS Pekan dan telah terpilih untuk mewakili Pekan ke Kejohanan MSS Pahang.




Keputusan Rasmi Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini ialah
Johan- Rumah Syahbandar yang dipimpin oleh Ustaz Nizam
Naib Johan - Rumah Laksamana yang dipimpin oleh Ustaz Amir Hamzah
Ke 3 - Rumah Bendahara yang dipimpin oleh Cikgu Ashraf
Ke -4 Rumah Temenggung yang dipimpin oleh Cikgu Hamdan

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada pasukan-pasukan yang lain cuba lagi tahun hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016