Mesyuarat PIBG kali Ke 18 2015

 Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK (LKTP) Chini Timur 2&3 kali yang ke 18 telah diadakan di Dewan Sekolah. Mesyuarat tersebut yang bertarikh pada 12 Mac tahun 2015 telah dirasmikan oleh En. Zahidin Bin Ali, Pengurus FELDA Chini Timur 3

   Dalam mesyuarat Agong PIBG kali ini, guru besar SKCT 2&3 iaitu Puan Hajah Normah Bt Abdul Latif  memberikan ucapan di dalam mesyuarat tersebut di SKCT 2&3 memberi jaminan bahawa pencapaian akademik dan ko-kurikulum akan terus melonjak dan peningkatan tersebut boleh dilihat pada kesungguhan dan kepakaran setiap guru yang ada di SKCT 2&3. Beliau juga mengingatkan bahawa usaha yang diberikan sekolah akan menjadi sia-sia jika tidak diiringi dengan bantuan ibu bapa dan semua pihak yang terlibat untuk memastikan pencapaian akademik dan ko-kurikulum anak mereka tercapai.

   Selepas selesai majlis ucapan dan beberapa selingan hiburan dari murid-murid SKCT 2&3, majlis tersebut diteruskan dengan Mesyuarat untuk memilih Ahli Jawatankuasa baru PIBG. Hadiah-hadiah juga telah disampaikan oleh Puan Guru Besar dan penolong kanan yang lain dalam acara cabutan bertuah . Acara berlanjutan sehingga ke jam 4.30 petang. Selepas selesai majlis penyampaian hadiah, semua guru, ibu bapa dan murid bersurai.

Naib Yang Di Pertua menyampaikan ucapan.

Murid Pra membuat persembahan 

Guru-guru SKCT 2&3 











Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016