Majlis Restu Ilmu Pelajar Tahun 6

 Ustaz Ahmad Nizam membaca doa memulakan majlis.

Tanpa restu dari ibu bapa dan guru, siapalah anak-anak pelajar. Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa".

Pada 6 September lepas satu majlis restu ilmu telah diadakan. Majlis ini merupakan usaha pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan murid dalam peperiksaan UPSR pada 10 September nanti. Murid bersalaman ibu bapa dan guru, meminta ampun dan restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.



Cikgu Hamdan Bin Mat Daut sebak ketika menyampaikan amanat terakhir kepada murid tahun 6


 Hadirin yang memberikan perhatian kepada ucapan Guru Besar

 Encik Rohaizad menjadi wakil ibu bapa memberikan kata semangat kepada murid-murid

 Puan Guru Besar menyampaikan cenderahati dan kata peransang kepada murid


 Pelajar memohon ampun dan restu daripada ibu bapa












Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016