Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 2013


Pada 20 Oktober 2013 telah berlangsung mesyuarat Agung PIBG kali ke 16 berlangsung di dewan SK (LKTP) Chini Timur 2. Majlis ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Poniran Ahmad, Pengurus Felda Chini Timur 2.

Atur cara Majlis

Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG, En Abu Bakar Bin Narawi.
                -      Laporan Aktiviti
                -      Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 15
                -      Cabutan Bertuah
                -      Pembentangan dan Pengesahan Penyata kewangan PIBG
                -      Cabutan Bertuah
                -      Pembubaran AJK PIBG 2012/2013
                -      Pelantikan AJK PIBG 2013/2014
                -      Cabutan Bertuah
                -      Pembentangan Usul
                -      Ucapan Penangguhan

: Majlis Bersurai

Kehadiran perasmi disambut meriah oleh pelajar SKCT2

Persembahan tarian oleh Kelab Kebudayaan SKCT2

Kehadiran Ibu Bapa memberikan sokongan kepada perjalanan mesyuarat.

Tn Hj. Poniran Ahmad memberikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Pibg Kali ke-16 2013

 Persembahan Kalam Jamaie daripada pelajar SKCT2

YDP PIBG menyampaikan cenderamata kepada perasmi mesyuarat Agung PIBG, Tuan Haji Poniran Ahmad yang menggantikan YB Dato' Abu Bakar Bin Harun

En. Abu Bakar Bin Narawi mendapat sokongan sebulat suara untuk kekal sebagai Yang Dipertua PIBG SK(LKTP) Chini Timur 2, 

Dalam mesyuarat Agung kali ini, En Zaiful Shah bin Zarawi menyatakan usul bagaimana untuk ibu bapa mengetahui tahap pencapaian semasa anak-anak dengan berdasarkan sistem ‘band’ sebagai pentafsiran sedangkan sistem ini sukar difahami oleh golongan ibu bapa. En Zaiful Shah b. Zarawi mengusulkan supaya peperiksaan bagi matapelajaran teras diadakan bagi murid tahun 1-3. Mesyuarat kali ini bersetuju supaya pihak sekolah mengadakan peperiksaan akhir tahun bagu tahun 1-3 dengan bayaran RM3 bagi kos kertas peperiksaan.

Cabutan Bertuah 

AJK PIBG bergambar kenangan


   AJK PIBG Sesi 2013/2014 
1)      En. Khozairan Bt Zulkifli        - Chini Timur 2
2)      En. Abdul Mubin                     - Loji
3)      En. Sabri Bin Abdul Hamid   - Chini Timur 2
4)      Pn. Zawiyah Bt. Haslim         - Chini Timur 2
5)      Pn Badariah Bt. Ishak            - Chini Timur 3
6)      En Zaiful Shah Bt Zawawi     - Chini Timur 2
7)      En. Mohd Fozi B. Hanapi      - Chini Timur 2
8)      En. Abu Bakar Kasim             - Chini Timur 2
9)      Pn. Zainahar Bt. Salleh          - Loji








Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016