Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi Prasekolah dan Pengumuman UPSR

 Pada 14 November 2013 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi Prasekolah dan Pengumuman UPSR. Penolong Pengurus Felda Chini Timur 3, En. Samsulbahri Bin Maktar telah menyampaikan ucapan pembukaan dan juga menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan.

 En. Samsulbahri menyampaikan hadiah kepada pelajar Prasekolah

 Antara Ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis



 Naib Yang Di Pertua PIBG, En. Zakri Bin Kasim menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang.


 Hari ini juga merupakan hari paling bersejarah buat warga SK(LKTP) Chini Timur 2 khususnya dan seluruh warga Chini umumnya. Pada Hari ini, keputusan UPSR memperlihatkan kecemerlangan berganda murid tahun 6 berbanding tahun lepas. Jumlah calon dari sekolah ini ialah 52 orang. Seramai 21 orang murid mendapat 5A, 10 orang murid mendapat 4A1B dan 5 orang murid mendapat 3A2B.

Berikut merupakan peratus lulus bagi 5 mata pelajaran UPSR
BM (PEMAHAMAN) = 100%
BM (PENULISAN)     = 96.2%
BI                                 = 100%
MT                               = 100%
SAINS                         = 100%









21 orang murid SKCT2 mendapat 5A



Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016