MAJLIS SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ
1442H/ 2021 M


Tajuk               :  Majlis Sambutan Isra’ dan Mikraj

Tarikh         :  26 Mac 2021

Hari                 :  Jumaat

Masa               :  7.30 - 10.00 pagi


Objektif        :

 

1. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.            

2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan                              sejarah.            

3.  Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab.            

4.  Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat)

 

Sasaran         :  Semua murid, guru dan warga SK (LKTP) Chini Timur 2

Aktiviti  program :

Tazkirah Isra Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nasuha 


Murid tahap 2 memberi perhatian dan fokus terhadap tazkirah yang didengar.


Sesi soal jawab kuiz selepas tazkirah dan murid yang menjawab dengan betul diberi cenderahati.


 

Murid tahap 1 menjalankan aktiviti pertandingan mewarna di dalam kelas





Penglibatan murid PPKI  dalam pertandingan mewarna  turut disertai  

Impak program :

1.        Dapat menimbulkan keyakinan dan kekuasaan Allah.

2.       Memberi amaran atau peringatan tentang kewajipan solat.

3.       Memberi iktibar dan pengajaran menerusi peristiwa besar Isra Mikraj.


Refleksi  :

Program ini diharap mampu menjana murid-murid kea rah pembangunan modal insan secara menyeluruh berdasarkan jasmani,emosi,rohani dan intelek. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan secara konsisten pada tahun-tahun akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016