Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Sambutan Aidilfitri 2013


Pada 23 Ogos 2013 SK(LKTP) Chini Timur 2&3 telah mengadakan sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Sambutan Aidilfitri. Semua murid kelihatan ceria dan cantik berbaju raya berkumpul di dataran perhimpunan untuk mengumpulkan kuih raya. Pelbagai jenis kuih raya dibawa oleh murid-murid.
Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Bulan kemerdekaan di dewan sekolah. Sementara itu, sebahagian guru menyediakan juadah untuk murid-murid.

Guru-guru SKCT 2&3 bergotong royong menyediakan mee sup sebagai juadah sambutan hari raya di sekolah


Pelancaran Bulan Kemerdekaan



Pelancaran Bulan kemerdekaan dimulakan dengan ucapan perasmian dan gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan dari Puan Guru Besar, Puan Hajah Normah bin Abdul Latiff. Seterusnya warga SKCT2 dihiburkan dengan persembahan tarian Kebudaayaan oleh kelab Kebudayaan SKCT2.


Murid-murid sedang khusyuk menonton persembahan

Pelajar Prasekolah cantik Berbaju Raya

Persembahan sajak dari adik Nuril Amirah


Setelah tayangan montaj kemerdekaan, majlis disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia.

Jamuan Hari Raya





Gadis Berbaju Merah



Puan Guru Besar menyampaikan sumbangan dari Bank Rakyat kepada anak-anak yatim







Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016