Mesyuarat PIBG 2014

 Pada 19 Mac 2013, Mesyuarat PIBG kali Ke-17 telah berlangsung di Dewan SK(LKTP) Chini Timur 2&3. Para hadirin disambut meriah oleh pasukan Seni dan Kebudayaan sekolah yang mempersembahkan tarian selamat datang. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Pegawai Felda Chini Timur 3, En SamsulMaktar Bin Bahri.

 Ucapan dari Puan Guru Besar, Puan Hajjah Normah.

 Antara hadirin yang hadir

 Persembahan Nasyid oleh Kumpulan nasyid sekolah.


Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2013

Seramai 21 orang bekas pelajar SKCT2 telah dijemput untuk menerima anugerah kecemerlangan UPSR 2013, anugerah berupa plak penghargaan dan juga wang tunai ini disampaikan oleh perasmi Mesyuarat Agung PIBG.




Mesyuarat PIBG Kali Ke 17 2014


 Usul mesyurat kali ini ialah untuk mengekalkan bayaran sebanyak RM25 setahun bagi yuran PIBG.
Selain itu, bayaran untuk peperiksaan akhir tahun bagi murid tahun 5 dan 6 yang tidak terlibat dengan PBS juga dikekalkan. Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk membuat peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi murid tahun 5 dan 6 dengan dengan kos kertas peperiksaan sebanyak RM6 untuk semua subjek bagi setiap pelajar.

Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah. 





Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016