IQ NILAM 2021

 

IQ-NILAM LOGIN : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE

IQ-NILAM LOGIN

IQ-NILAM LOGIN : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE

PROGRAM IQ-NILAM

Untuk maklumat kepada para ibu bapa , bermula tahun 2021 ini, semua murid dan pelajar tidak kira sekolah rendah ataupun menengah, mereka akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM LOGIN pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my

Murid dan pelajar amat digalakkan membaca dalam tempoh PKP ini kerana banyak masa terluang . Hal ini kerana, membaca adalah jambatan ilmu.

Kami ingin kongsikan cara mengisi data bacaan dalam IQ-NILAM dengan mudah menggunakan peranti seperti  telefon pintar atau komputer riba.

PEREKODAN BACAAN DALAM SISTEM IQ NILAM

Untuk maklumat kepada ibu bapa sekalian, hasil bacaan anak-anak dalam sistem ini akan membantu mereka mencapai tahap 5 bintang agar rekod bacaan mereka membantu dalam pencapaian PAJSK.

Ibu bapa disarankan dengan menggalakkan dan memantau pembacaan anak-anak di rumah agar ilmu dapat ditimba ."membaca jambatan ilmu"

 CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE

Sila guna Google Chrome dan setkan akaun Google Classroom murid sebagai email utama. Bagimana untuk dapatkan e-mel Google Classroom??? (id delima)

Anda boleh dapatkannnya daripada guru kelas ataupun guru ICT sekolah masing-masing.

Opssss…saya ada id..tetapi saya terlupa kata laluan….anda tidak perlu risau. Anda boleh berhubung dengan guru ICT sekolah untuk proses reset semula kata laluan.

Anda boleh menggunakan telefon pintar atau komputer riba untuk login ke laman web dengan mudah.

Anda boleh Ikuti langkah yang dikongsikan berikut untuk merekod bahan bacaan dalam sistem IQ-NILAM

IQ-NILAM LOGIN

  1. Layari laman web  https://iqnilam.moe.gov.my
  2. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
  3. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
  4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
    • Maklumat Bahan Bacaan
      • Tajuk Buku
      • Pilihan Bahasa
      • Tahun Terbitan
      • Pengarang
      • Penerbit
    • Jenis Bahan Bacaan
      • Buku Fiksyen
      • Buku Bukan Fiksyen
      • Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
      • Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)

IQ-NILAM LOGIN

    • Rumusan
    • Aktiviti Pengayaan
    • Aktiviti Lain-lain (jika ada)
  1. Setelah selesai mengisi, anda perlu klik butang SIMPAN.
  2. Taraaaa…Selesai! Paparan JUMLAH BUKU akan bertambah seperti dalam skrin di bawah setiap kali murid merekodkan hasil bacaan.
  3. Selamat mencuba, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda
hadiah menarik disediakan bagi bacaan sebanyak 30 buah dan lebih setiap bulan

Comments

Popular posts from this blog

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2021

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT HEM

Sambutan Hari Guru 2016